Wednesday 29 August 2012

29 OGOS 2012 - MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM BIL 2/2012 DAERAH JOHOR BAHRU


MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
DAERAH JOHOR BAHRU BIL 2/2012
TARIKH : 29 OGOS 2012 / RABU
MASA : 2.00-5.45 PETANG
TEMPAT : ANJUNG WAWASAN SMK TAMAN UNIVERSITI












JAMUAN HARI RAYA


Sekalung budi...........

Pihak Panitia Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Penolong Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru Unit Pendidikan Islam Ustaz Amirulhakim b. Mahfudz, kepada Pengerusi Panitia Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru tahun 2012, iaitu SMK Taman Universiti, kepada semua Jawatankuasa Panitia Daerah dan Ketua-ketua Panitia Pendidikan Islam seluruh Daerah Johor Bahru dengan kehadiran pada hari ini .

Ucapan terima kasih juga kepada Jawatankuasa Panitia yang lepas atas komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan bagi menggerakkan Panitia Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru. 

Tahniah diucapkan kepada jawatankuasa yang baru dilantik. Semoga amanah ini diterima dengan azam yang bersemangat tinggi untuk menaikkan nama Panitia Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru.  Semoga segala tugas yang diamanahkan dapat sama-sama kita galas demi mempertingkatkan martabat Panitia.

Pihak tuan rumah memohon maaf atas segala kekhilafan dan kekurangan yang berlaku pada hari ini. InsyaAllah akan ditambahbaik di masa akan datang...

Semoga segala usaha murni lagi ikhlas kita hari ini dikira oleh Allah Azzawajalla sebagai amal ibadat yang nantinya memberatkan timbangan mizan kita di hari pengadilanNya kelak.

Sekali lagi TAHNIAH dan SYABAS untuk semua....

Doakan segala perancangan dan program mampu kita laksanakan dengan jayanya... Semoga Allah mudahkan kita untuk mencari sebanyak mungkin kebaikan dan kebajikan di dunia ini untuk kebahagiaan di akhirat sana...


Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk membuat pelantikan Ahli Jawatankuasa yang baharu  berdasarkan undian, dan hasil undian adalah sepertimana berikut :

Pengerusi : En. Mahamud b. Othaman 
Naib Pengerusi : En. Abd Razak b. Ab. Karim
Setiausaha : Ustazah Yasirah bt. Yazid
Naib Setiausaha : Ustaz Zin Akmal b. Mohd Halid
Bendahari : Ustazah Zalina bt. Muda
Penolong Bendahari : Ustaz Abdul Mu'aizz b. Adnan

Biro Akademik : 
Ustazah Hjh Na'imah bt. Daud
Ustazah Norrashidah bt. Abdul Hadi

Biro ICT :
Ustaz Khairul Anuar b. Hj Ramlan
Ustaz Nazuin b. Salehan

Biro Guru Cemerlang : 
Ustazah Nor Azmah bt. Jaapar
Ustaz Ali Hanafiah b. Mohd Khayat

Biro Kebajikan : 
Ustaz Hamezah b. Hussin
Ustazah Siti Norhayati bt. Shafai

Biro Ekonomi :
Ustaz Mohd Radzi b. Mohd Ghani
Ustazah Maleha bt. Mahbob

Biro PBS Tingkatan 1 :
Ustazah Sharina bt Adnan

KLIK : JOM PELAJARI PANDUAN DAN TIPS ICT...

Monday 27 August 2012

JOM PELAJARI PANDUAN DAN TIPS ICT...


Jom pelajari pelbagai panduan dan tips ICT.
Semoga sedikit ilmu yang dikongsikan dapat menjadikan kita sebagai
Guru Pendidikan Islam yang celik dan mahir ICT khasnya untuk digunakan
dalam PnP dan kehidupan seharian kita..!


KLIK : SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1433H

Monday 20 August 2012

Sunday 19 August 2012

SALAM AIDILFIRI ...



Seribu senyuman belum tentu menawan hati...
Satu jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci...
Membina mengambil masa... 
Meruntuh sekelip mata...
Oleh itu,
Ampun dan maaf diminta
Selamat Hari Raya
Dari kami sekeluarga
~ Ustaz Amirulhakim b. Mahfudz ~
Penolong PPD Pendidikan Islam

KLIK : AMALAN HIDUPKAN MALAM & PAGI AIDILFITRI

Saturday 18 August 2012

AMALAN HIDUPKAN MALAM & PAGI AIDILFITRI

Ramadan yang mulia akan melabuhkan tirainya yang menandakan berakhirnya kemuliaan bulan ini dan disusuli pula dengan kedatangan Hari Raya Aidilfitri, atau menurut bahasa Arabnya ialah ‘Idul Fitri yang bermaksud kembali kepada fitrah.Ini kerana sepanjang sebulan di bulan Ramadan, seseorang itu telah memenuhkan agenda bulan tersebut dengan pelaksanaan amal ibadat yang mampu menjadikannya sebagai hamba Allah yang terbaik seperti membaca dan bertadarus al-Quran, bersolat jamaah sama ada solat-solat fardu dan tarawih, bersedekah, beriktikaf dalam masjid, memberi atau menyediakan juadah berbuka puasa kepada mereka yang berpuasa dan banyak lagi.Seolah-olah amalan yang dilakukan itu menjadikannya bersih serta suci bagaikan anak-anak kecil yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu mereka, inilah yang dikatakan kembali kepada fitrah, selagi mana seseorang tidak memelihara fitrah selepas Ramadan, maka tidak mustahil fitrah dirinya terdedah kepada virus yang menjerumuskannya ke dalam lembah kehinaan.Walau bagaimanapun kejayaan mentarbiahkan diri sebulan pada bulan Ramadan dan berakhir dengan sambutan Aidilfitri, tidak disia-siakan kerana Allah SWT memuliakan mereka dengan hari raya seperti yang diungkapkan-Nya menerusi ayat 185 surah al-Baqarah yang bermaksud: “Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid serta Takdis kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.”Sesungguhnya umat Islam merayakan hari raya ini dengan penuh kesyukuran dan dengan pelbagai jenis amal bakti yang diredai oleh Allah SWT, di antaranya solat Hari Raya, ziarah menziarahi di antara sesama mereka, bersedekah dan lain-lain lagi.

Kemuliaan Hari Raya

Kemuliaan Hari Aidil Fitri diterangkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan oleh Rasulullah di dalam beberapa hadisnya.

Oleh itu umat Islam amat digalakkan untuk menghidupkan malam Hari Raya sama ada Hari Raya Puasa atau Hari Raya Korban.

Sehubungan dengan inilah Allah berfirman di dalam Al Quran menerusi ayat 185 surah al-Baqarah yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur.”

Kemuliaan Hari Raya juga diterangkan di dalam Hadis seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Daripada Umamah r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda barang siapa mengerjakan amal ibadah pada malam Hari Raya Aidilfitri dengan mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati pada hari kiamat sebagai matinya hati orang-orang yang kafir ingkar pada hari kiamat.

Daripada hadis di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa Hari Raya satu perkara yang disyariatkan dalam Islam dan pada Hari Kiamat kelak orang-orang yang beriman dan beramal soleh hatinya hidup bahagia dan gembira kerana berjaya mendapat balasan yang baik dan keredaan Allah azzawajallah hasil daripada amal-amal kebajikan yang mereka kerjakan di dunia seperti berpuasa di bulan Ramadan.

Sebaliknya orang yang kufur dan ingkar hatinya mati mereka hampa dan kecewa pada hari itu kerana dimurkai oleh Allah dan mereka ditimpa dengan seburuk-buruk balasan.

Terdapat juga hadis-hadis yang lain yang menceritakan tentang menghidupkan malam Hari Raya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tabrani r.a. yang bermaksud:

“Barang siapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir.”

Umat Islam digalakkan menyambut Hari Raya Aidil Fitri dengan tahmid sebagai bersyukur kepada Allah bersempena dengan hari yang mulia itu. Ini diterangkan di dalam Al-Quran dan juga di dalam hadis Rasulullah s.a.w.

Firman Allah SWT, maksudnya: Dan supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan supaya kamu membesarkan Allah dengan Takbir dan Tahmid kerana kamu telah mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.”

Daripada hadis pula sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. maksudnya: Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid.

Di dalam hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda daripada Anas r.a. maksudnya: Hiasilah kedua-dua Hari Raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis.

Ini bermakna, seseorang muslim itu adalah digalakkan agar menghidupkan malam hari raya dengan amalan-amalan yang boleh mendekatkan dirinya kepada Allah bagi menjamin hatinya tidak akan mati pada hari kiamat.

Adalah lebih baik mengemas rumah, menjahit baju yang masih belum siap, menggosok pakaian raya untuk persiapan solat pagi raya bagi membesarkan Allah, menggantung langsir dengan niat mencantikkan rumah, kerana Allah suka kepada yang indah dan cantik, daripada menghabiskan sepanjang malam raya dengan menonton rancangan televisen, apatah lagi rancangan hiburan, filem, seloka Aidilfitri, mendengar lagu raya yang mengasyikkan, kerana tindakan itu sedikit sebanyak boleh menjejas pahala yang kita raih sepanjang bulan Ramadan.

Aktiviti pagi raya

1. Aidilfitri digalakkan bersarapan terlebih dahulu.

2. Mengenakan pakaian raya yang baru (tapi ia bukan satu kemestian) serta berwangi-wangian bagi orang lelaki.

3. Bersegera pergi ke tempat solat, sama ada masjid, surau, dewan terbuka atau di tanah lapang, iaitu dengan melalui jalan lain dari jalan yang dilalui sebelum menunaikan solat.

4. Antara amalan yang patut dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri.

5. Pada pagi Hari Raya, umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin.

6. Kemudian mereka akan berkunjung ke rumah jiran tetangga, sanak saudara dan rakan taulan.

Ini kerana mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

7. Menceriakan suasana hari raya dengan memberi anak-anak sampul duit raya (sebagai amalan ‘idkhal as-surur’ iaitu menggembirakan orang lain terutama kanak-kanak.)

Friday 17 August 2012

MAKLUMAN MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM BIL 2/2012 DAERAH JOHOR BAHRU


MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM BIL 2 /2OL2 DAERAH JOHOR BAHRU

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam Daerah Johor

Bahru akan mengadakan mesyuarat Panitia Pendidikan Islam Daerah Bil 2/20LZ Butiran

mesyuarat tersebut adalah sepertimana ketetapan berikut :-

Tarikh : 29 Ogos 2012 (Rabu)

Masa : 2.00 petang

Tempat : Anjung Wawasan SMK Taman Universiti

Pengerusi : En, Mahamud Bin Othaman - Pengetua SMK Taman Universiti
   
Pencatat : Ustazah Yasirah Binti Yazid

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut: 

3.1 Perutusan Pengerusi

3.2 Pengesahan Minit Mesyuarat

3.3 Perkara-perkaraberbangkit

3.4 Pembentangan

3.4.1 Laporan Aktiviti Jawatankuasa Panitia Pendidikan Islam Daerah

3,4.2 Postmortem Peperiksaan Pendidikan Islam (SPM) setengah tahun

3.4.3 Program peningkatan akademik Panitia Pendidikan Islam sekolah

3.5 Hal-hal lain

4. Sehubungan dengan itu, pohon kerjasama tuan bagi mengarahkan Ketua Panitia

Pendidikan Islam dari sekolah tuan agar menghadiri mesyuarat berkenaan. Sebarang

pertanyaan, sila hubungi Ustaz Amirulhakim Bin Mahfudz di talian 072-2245728. Segala

kerjasama yang diberikan, kami bagi pihak Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru

mengucapkan ribuan terima kasih.



Thursday 16 August 2012

MUSAFIR...



Kepada sahabat2 yang akan bermusafir meninggalkan keluarga/harta benda masing-masing, bacalah doa ini. 
Semoga kita dan ahli keluarga akan sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya..

Doa Perpisahan Sebelum Musafir

Ø£َسْتَÙˆْدِعَ اللهَ دِÙŠْÙ†َÙƒَ Ùˆَ Ø£َÙ…َانَتَÙƒَ Ùˆَ Ø®َÙˆَاتِÙŠْÙ…َ عَÙ…َÙ„ِÙƒَ

Maksudnya: 
Aku pertaruhkan/titipkan agamamu, 
amanatmu (keluarga dan harta benda) 
dan perbuatanmu yang terakhir kepadamu Allah.”
 -Riwayat at-Tirmizi-

KLIK : ZIARAH RAMADHAN

Wednesday 15 August 2012

ZIARAH MENJELANG RAMADHAN...


Unit Pendidikan Islam PPD Johor Bahru menziarahi Guru Pendidikan Islam yang ditimpa musibah.

1. Smk Impian Emas- Ustzh Aznah dan Ustzh Maisun -sakit
2. SETA - Ustzh Zainab Aluan- kematian anak
3. Sk Damansara Alif- Ustzh Norahan Bidin- Sakit cancer
4. SMK Sri Tebrau- Ustzh Gayah-kematian suami.









UJIAN ITU RAHSIA ALLAH SWT

Bismillahirahmanirahim..

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. 

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.

Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Ya Allah Ya Tuhan kami,
 Jangan Kau uji kami dangan ujian yang 
tidak tertanggung oleh kami, 
Sesungguhnya kami hambaMu yang daif dan lemah."

"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar; (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: 'Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.' Mereka itu ialah orang-orang yang menerima selawat dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk-Nya."
 (Surah al-Baqarah, ayat 155-157).

Sumber : IluvIslam.com

KLIK : UNIT PENDIDIKAN ISLAM PPDJB

Tuesday 14 August 2012

UNIT PENDIDIKAN ISLAM PPDJB


UNIT PENDIDIKAN ISLAM PEJABAT PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU
Dari kiri : Ustazah Hasimah bt. Abdul Hamid - Penyelia Pendidikan Islam, 
Ustaz Amirulhakim b. Mahfudz - Penolong PPD Pendidikan Islam 
Ustaz Zaidi b. Ismail - Penolong PPD j-QAF


Di kesempatan yang diberikan ini, kami dari Unit Pendidikan Islam PPD Johor Bahru ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh Guru Pendidikan Islam Johor Bahru yang banyak memberi sokongan yang cukup padu dan kerjasama yang cukup baik dalam apa jua bentuk. Semoga Allah mengganjarinya dengan sebaik-baik ganjaran. 

Untuk meningkatkan tahap profesionalisme Guru Pendidikan Islam Daerah Johor Bahru khususnya, cadangan dan buah fikiran dari pihak Ustaz/ah amat dialu-alukan oleh pihak kami. Bagi tujuan ini, pihak Ustaz/ah boleh terus menghubungi Unit Pendidikan Islam di talian 07-2266360 atau emel Ustaz Amirulhakim b. Mahfudz - hakimupi@gmail.comUstaz Zaidi b. Ismail - zaidismile@gmail.comUstazah Hasimah bt. Abdul Hamid - symahpp@yahoo.com

Di kesempatan ini juga , pihak kami mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa , semoga dianugerahkan puasa yang berkualiti di sisiNYA serta diberi peluang oleh Allah meraih malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan. Sesungguhnya amatlah istimewa insan yang terpilih pada malam tersebut...
Untuk akhirnya , Selamat menyambut Aidil Fitri yang bakal menjenguk tidak lama lagi... 
Pihak kami menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf di atas segala kekhilafan kami dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan ... Semoga sebarang kekurangan dan kekhilafan ini mampu kami perbaiki dan perbetulkan di masa akan datang... Sesungguhnya yang baik dan sempurna itu sudah tentunya dari Allah Rabbul Jalil dan kekurangan dan ketidaksempurnaan itu dari kami hamba yang serba lemah.
Bagi mereka yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati ketika memandu... Semoga sampai ke kampung halaman dengan selamat... Salam kami buat keluarga semua...

"Ya Allah, rahmat-Mu aku harapkan, 
janganlah Engkau serahkan (segala urusanku)
 kepada diriku walau sekelip mata,
 perbaikilah segala urusanku, 
tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau"
Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin...

Monday 13 August 2012

LAILATUL QADAR...



[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, 
[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? 
[3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. 
[4] Pada M
alam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5] Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

KLIK : MEREKA MUNGKIN AHLI SYURGA...

Sunday 12 August 2012

MEREKA MUNGKIN AHLI SYURGA...



Pernahkah anda melihat kehebatan yang dimiliki oleh pekerja-pekerja rendah am seperti mereka?

1-Mereka bekerja mencari rezeki yang halal demi menampung kehidupan ahli keluarga mereka. Ini adalah satu ibadah yang sangat mulia.

2-Mereka bertungkus lumus menjaga kebersihan alam sekitar dan tanpanya sukar untuk dibayangkan bagaimana kita berhadapan dengan permasalahan sampah dan bau busuk yang begitu menguja setiap kita.

3-Mereka mampu merendahkan diri untuk bekerja di sektor seumpama ini untuk menyara keluarga dan memanfaatkan masyarakat menghayati kebersihan yang merupakan sebahagian daripada Islam.

Beberapa soalan :

Pernahkah anda menyapa mereka ?Pernahkah anda menggembirakan mereka?Pernahkah anda memberi salam atau mengangkat tangan kepada mereka ?Pernahkah anda menghadiahkan sesuatu bersempena hari perayaan seumpama hari raya dan sebagainya kepada mereka ?Adakah anda sentiasa memudahkan kerja-kerja mereka dengan menyediakan sampah untuk diuruskan dengan baik dan sebersih mungkin?

Walau pun anda mungkin menganggap ini adalah isu kecil tetapi hidup anda pasti sukar tanpa mereka.

Ada seorang di kalangan mereka yang sempat saya kenali dengan lebih rapat. Dia bekerja sebagai buruh pengutip sampah di siang hari dan kemudiannya bekerja sebagai 'jaga' atau'security guard' di sebelah malam bagi menampung pendapatannya yang rendah. Beliau terpaksa menyara 6 orang anaknya yang bersekolah dan yang sedang membesar. Namun beliau tidak pernah kelihatan mengeluh dan kelihatan sentiasa menjaga solatnya. Lebih mengkagumkan lagi apabila beliau turut membayar zakat di Pusat Zakat Negeri walau pun pernah diberitahu bahawa kadar pendapatannya yang rendah menyebabkan beliau dimasukkan di dalam kategori 'tidak wajib' untuk membayar zakat.

Mereka mungkin dipandang rendah oleh orang ramai tetapi jangan lupa bahawa kehebatan mereka memungkinkan mereka mendahului kita sebagai calon ahli syurga.....!

Sumber - Artikel iluvislam.com

Biodata Penulis

Prof Madya Dr Zainur Rashid Bin ZainuddinMerupakan Dekan, IMU Clinical School di International Medical University. Beliau merupakan Naib Presiden I-Medik Malaysia.

Friday 10 August 2012

ZIARAH RAMADHAN...


Assalamualaikum w.b.t...
Minta rakan-rakan semua mendapatkan nama berkaitan rakan-rakan Guru Pendidikan Islam Johor Bahru yang berpenyakit kronik untuk dikunjungi sempena ziarah Ramadhan.
Sila beri nama kepada Ustaz Amirulhakim Mahfudz ( 012-2245728 ) atau Ustazah Hasimah bt. Abd Hamid ( 013-7324822 )  
sebelum 13 Ogos 2012.

KLIK : 2 OGOS 2012 - MAJLIS PENGHAYATAN RAMADHAN, TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2012 : ANJURAN BERSAMA PPDJB & PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAERAH JOHOR BAHRU

Thursday 2 August 2012

2 OGOS 2012 - MAJLIS PENGHAYATAN RAMADHAN, TADARUS DAN KHATAM AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2012 : ANJURAN BERSAMA PPDJB & PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAERAH JOHOR BAHRU



MAJLIS PENGHAYATAN RAMADHAN , TADARUS, KHATAM , 
IFTAR & SUMBANGAN ANAK YATIM 
SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH JOHOR BAHRU.

TARIKH : 2 OGOS 2012
MASA : 4.45 PETANG - 10.00 MALAM
TEMPAT : SMK TAMAN DAMANSARA ALIFF
ANJURAN BERSAMA PPDJB 
& PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAERAH JOHOR BAHRU


3.00-4.45 petang - PERSIAPAN MAJLIS...














4.45-5.15 petang - PENDAFTARAN...






5.15-6.15 petang - TADARUS AL-QURAN...











6.15-6.45 - MAJLIS KHATAM AL-QURAN...








MAJLIS BERBUKA PUASA...








SOLAT TERAWIH BERJEMAAH...











SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM...
DISAMPAIKAN OLEH : TN HJ BAHROM BIN ALI
-TUAN PEGAWAI PELAJARAN DAERAH JOHOR BAHRU-










Sekalung budi...
Setinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada
 Jawatakuasa Pelaksana, Guru Pendidikan Islam , 
Pentadbir Sekolah dan kepada semua yang terlibat...
Semoga diganjari Allah dengan sebaik-baik ganjaran...
Didoakan keberkatan dan keredhaan Allah sentiasa mengiringi di setiap langkah perjalanan hidup kita semua...

( Ustaz Amirulhakim b. Mahfudz )