Monday 3 September 2012

MAKLUMAN MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA, BACAAN YASIN DAN TAHLIL SEMPENA PEPERIKSAAN AWAM PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2012


MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA, BACAAN YASIN DAN TAHLIL SEMPENA PEPERIKSAAN AWAM PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2012

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Jamek Bandar Baru Uda serta Jabatan Pelajaran Negeri Johor akan mengadakan majlis tersebut mengikut ketetapan berikut :

3. Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati menjemput tuan (yang beragama Islam) bersama dua orang guru Islam lain dari sekolah tuan untuk turut serta menjayakan program tersebut.

4. Aturcara Majlis adalah sepertimana yang berikut :

Tarikh : O6 September 2012 (KHAMIS)

Tempat : Masjid Jamek Bandar Baru Uda

Masa : 

6.30 - 6.50 petang : 
Ketibaan Tetamu dan Pendaftaran.

6.30 petang - 9.30 malam :
Ketibaan Pengarah Pelajaran Negeri Johor
Solat Maghrib berjamaah
Bacaan Yasin dan Tahlil
Solat Isyak Berjemaah
Solat Hajat, Bacaan Doa 
Jamuan / bersurai.

5. Mesyuarat Jawatankuasa juga telah memutuskan bahawa sumbangan untuk setiap murid/pelajar yang turut serta ( rujuk lampiran ) sebanyak RM 2 (Ringgit Malaysia: Dua Sahaja) untuk menampung keperluan jamuan berdasarkan jumlah yang dilampirkan. Bayaran dalam bentuk cek boleh dibuat atas nama 'TABUNG PENGURUSAN MASJID BARU BBU' melalui Ustaz Amirulhakim Bin Mahfudz, Penolong PPD Pendidikan Islam (0I2 2245728) atau Ustazah Hasimah BtAbdul Hamid, Penyelia Pendidikan Islam (019-7145153) sebelum atau pada 05 September 2012.

6. Sekolah-sekolah yang tidak terlibat seperti di bawah diminta untuk mengadakan solat hajat sempena peperlksaan ini di masjid-masjid berdekatan atau di surau sekolah masing-masing.

Segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

KLIK : 29 OGOS 2012 - MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN ISLAM BIL 2/2012 DAERAH JOHOR BAHRU

No comments:

Post a Comment