Friday 22 March 2013

MAKLUMAN TAKLIMAT PEMURNIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 DAN 2 SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU


TAKLIMAT  PEMURNIAN  PENTAKSIRAN BERASASKAN  SEKOLAH  PENDIDIKAN ISLAM  TINGKATAN 1 DAN 2 SEKOLAH  MENENGAH  DAERAH  JOHOR BAHRU

Dengan  segala hormatnya perkara di atas  dirujuk.

2.  Sukacita  dimaklumkan  bahawa,  Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru  dengan kerjasama  Panitia Pendidikan Islam Daerah  Johor Bahru akan mengadakan taklimat berkenaan  sepertimana  ketetapan berikut :-

Tarikh  : 2 April  2013
Masa  : 2.OO petang
Tempat  : Dewan SK Angkatan Tentera

3.  Sehubungan  itu, guru Pendidikan Islam yang mengajar tingkatan  1 dan 2  dari sekolah  tuan  diminta  hadir ke taklimat berkenaan, Sila bawa buku teks Pendidikan  Islam Tingkatan l  dan 2  beserta  Dokumen  Standard Prestasi  (  DSP )  terkini. Sebarang pertanyaan,  sila hubungi Ustaz Amirulhakim bin Mahfudz,  Penolong Pegawai Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah  Johor Bahru di talian 012-2245728  atau Ustazah Yasirah binti Yazid di talian 0197767349. 

Segala kerjasama yang diberikan, kami bagi pihak Pejabat Pelajaran  Daerah Johor Bahru mengucapkan  ribuan terima  kasih.

No comments:

Post a Comment