Friday 5 April 2013

MAKLUMAN BENGKEL PEMURNIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH BAHASA ARAB TINGKATAN 1 DAN 2 SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU


Pengetua,
SMK Sultan Ismail,
SMK Taman Universiti,
SMK Tasek Utara,
SMK Bandar Baru Uda,
SMK Tun Syed Nasir Ismail,
SMK Damai Jaya,
SMK Taman NusajaYa,
SM Agama Al-Quran Waddin,
Daerah Johor Bahru,

Tuan,

BENGKEL PEMURNIAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH BAHASA ARAB TINGKATAN 1 DAN 2 SEKOLAH MENENGAH DAERAH JOHOR BAHRU

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru dengan kerjasama Jawatankuasa Kurikulum Daerah Bahasa Arab Daerah Johor Bahru akan mengadakan bengkel berkenaan sepertimana ketetapan berikut :-

Tarikh : 13 April 2013
Masa : 7.3O Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru

3. Sehubungan itu, guru Bahasa Arab yang mengajar tingkatan 1 dan 2 dari sekolah tuan diminta hadir ke bengkel berkenaan. Sila bawa buku teks Bahasa Arab Tingkatan 1 dan Tingkatan 2, Dokumen Standard Prestasi ( DSP ) terkini dan komputer riba. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustaz Amirulhakim bin Mahfudz, Penolong PPD Pendidikan Islam,Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru di talian 0122245728 atau Ustazah Naimas binti Ngah di talian 0197765748. Segala kerjasama yang diberikan, kami bagi pihak Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru mengucapkan ribuan terima kasih.



KLIK : BENGKEL PENANDAAN KERTAS PENDIDIKAN ISLAM SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ( SPM ) DAERAH JOHOR BAHRU TAHUN 2013

No comments:

Post a Comment